POSTER DESIGN Animation Kingdom

Animation Kingdom VI adalah sebuah program dalam bidang Animasi & Teknologi Skrin (FF227) yang mempamerkan hasil kerja semester akhir dan karya pelajar animasi. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran mereka yang telah dipelajari seperti penulisan skrip, penguasaan aplikasi komputer untuk mencipta animasi 2D atau 3D, sinematografi, komposisi, dan juga kreativiti mereka. Secara keseluruhan, sasaran program ini adalah kepada pelajar animasi, pelajar Fakulti Filem, Teater & Animasi, pelajar UiTM yang berkaitan dalam bidang seni dan multimedia.