Anuar Zain bersama rakan-rakan artis, Faizal Tahir, KRU, dan Akim & The Majistret bakal menjayakan Konsert Emoji anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 16 dan 17 Disember ini. Dekan FiTA, Dato’ Profesor. Dr. A. Razak Mohaideen berkata konsert yang akan berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam itu adalah untuk meraikan 20 tahun penubuhan fakulti berkenaan.

“Fakulti ini berkembang dari beberapa kelompok pelajar sehingga melahirkan ribuan pelajar yang memeriahkan industri kreatif negara pada masa kini. Jadi konsert ini adalah untuk meraikan alumni, pelajar dan semua penggiat industri kreatif di negara ini,” ujarnya yang menerajui FiTA sejak tahun 2011.

Sidang media konsert tersebut berlangsung di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, UiTM Shah Alam pada 1 November lalu. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said.

Pengarah Konsert Emoji yang juga Ketua Pusat Pengajian Program Pengurusan Industri Kreatif FiTA, Puan Aminah Rhapor berkata konsert ini dinamakan Konsert Emoji kerana satu simbolik gabungan pelbagai emosi sepanjang 20 tahun penubuhan FiTA. Emoji bermaksud pictograph iaitu gambar atau simbol yang mempunyai perwatakan yang selalu digunakan dalam berkomunikasi.

“Kita berbangga kerana dapat menghimpunkan artis-artis terkenal seperti Anuar Zain, Faizal Tahir KRU dan Akim & The Majistret untuk konsert ini. Harga tiket bermula dari RM50, RM100, RM200, RM300, RM400 & RM500. Boleh hubungi 01162212139, 0146137001 atau 0108318328 untuk urusan tempahan. Untuk pembelian secara atas talian, boleh layari www.easytix2u.com,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket Konsert Emoji sila –

Hubungi kami di 01162212139, 0146137001 atau 0108318328 atau beli secara atas talian di https://easytix2u.com/

 Jangan lupa!

 Like kami di Facebook – https://web.facebook.com/konsertemoji2017/

Follow kami di Instagram – https://www.instagram.com/konsertemoji2017/

Layari laman sesawang rasmi KaryaOne : http://karyaone.com/

Layari laman sesawang rasmi FiTA : http://fita.uitm.edu.my/v4/index.php/en/

Leave A Comment