Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) akan menganjurkan Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 untuk meraikan 20 tahun penubuhan fakulti berkenaan. Acara tersebut akan berlangsung dari 12 sehingga 17 Disember 2017 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Dekan FiTA, Dato’ Profesor. Dr. A. Razak Mohaideen berkata acara tahun ini akan diraikan secara besar-besaran dengan menghimpunkan alumni